Next Care

Matlamat Kami

Matlamat, model penjagaan dan pemantauan operasi kami.

Matlamat Penubuhan

Next Care Home by Pertubuhan Kebajikan Next Care ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan di Next Care Home atau di rumah bagi meringankan beban keluarga atau individu yang memerlukan bantuan jagaan dalam memastikan pesakit menerima penjagaan yang berkualiti, selamat dan berterusan.

Penjaga Bertauliah

Semua penjaga di Next Care Home adalah pemegang sijil khas dalam perkhidmatan penjagaan, disokong oleh pasukan profesional termasuk locum doktor, jururawat, pembantu perubatan (MA) dan ahli terapi yang terlatih serta berkemahiran tinggi.

Model Perkhidmatan Fleksibel

Perkhidmatan disediakan mengikut keperluan: penjagaan di rumah, penjagaan sepenuh masa di fasiliti dan sokongan sementara di hospital atau pusat rawatan.

Kerjasama Strategik

Kami berhasrat membina rangkaian kerjasama dengan klinik am, klinik pergigian, pusat fisioterapi, rumah jagaan sedia ada, institusi zakat, JKM serta agensi berkaitan.

Harapan & Visi

Rumah jagaan ini diharapkan menjadi pusat penjagaan yang dipercayai, berstandard tinggi dan penuh ihsan dalam memberi impak positif kepada pesakit dan keluarga.

Keperluan Jagaan

Situasi yang kami bantu

Perlu bantuan untuk aktiviti harian

Tiada peneman ke appointment hospital

Tiada peneman di hospital / di rumah

Waris perlu bekerja / outstation / travel

Boleh hantar harian / mingguan / bulanan

Tiada waris

Perjanjian residen

Input portal/dokumen

Pemantauan management

Pemantauan residen

Roster, jadual dan tugasan caregiver